ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
SELAMAT
DATANG KEPADA SEMUA PARA PEMBACA! Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat
wala’fiat dan diberkatiNya selalu.
Nama
diberi dulu, kini dan selamanya ialah Noor Syafiqah Nafisah binti Agoestono
yang kini merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang,
Fakulti Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertama sekali saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah bagi subjek
Tatacara Sivil II Iaitu Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail, Dr. Harniwarda
Yaakob, Dan Prof. Madya Dr. Safinaz Mohd Hussein yang sentiasa komited dan
bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu dan pendedahan bagi subjek Tatacara
Sivil II dengan menggunakan pelbagai pendekatan/medium demi memastikan para
pelajar dapat memahami, menguasai, memahiri semua topik dan perkara yang perlu
diketahui dalam subjek Tatacara Sivil II ini agar bersedia dalam menghadapi
dunia luar yang penuh pancaroba dan pasaran kerjaya yang penuh dengan
persaingan. Maka posting ini, ingin saya kongsikan refleksi diri saya sendiri
berkenaan pengalaman dan hasil pembelajaran yang saya perolehi sepanjang
semester II ini bagi subjek Tatacara Sivil II ini.
Topik
Pembelajaran Tatacara Sivil II
Dalam
Semester II Tahun 4 dalam subjek ini, secara ringkasnya kami didedahkan dengan Perkaitan Di antara Tatacara Sivil 1(subjek
semester 1 Tahun 4) dan Tatacara Sivil 2, Taksiran Gantirugi, Kos dan Fi
Mahkamah, Penghakiman dan Perintah, Penggantungan Prosiding / Penggantungan Penguatkuasaan / Pelaksanaan, Penguatkuasaan / Perlaksanaan Penghakiman dan
Perintah, Prosedur Rayuan Sivil di Mahkamah Tinggi & Mahkamah Rayuan, Penzahiran &
Pemeriksaan,
Interogatori & Pengakuan, Injuksi dan Relif Pencegahan ,Writ
Prerogatif dan Semakan Kehakiman.
Kaedah Pembelajaran dan Tugasan
Kaedah pembelajaran dan tugasan bagi subjek
Tatacara Sivil II dalam semester II ini adalah dalam bentuk kuliah,
pembelajaran atas talian, Game-Base Assessment dan kelas tutorial yang
berbentuk perbincangan secara aktif. Dalam kuliah pensyarah akan menggunakan
medium atas talian dengan menggunakan aplikasi Mentimeter untuk memaparkan
slaid pengajaran bagi topic yang diajar. Medium ini sangat berlainan daripada
kuliah pembelajaran biasa kerana ia hanya membolehkan pelajar yang hadir sahaja
ke kuliah itu yang mempunyai akses untuk membaca slaid itu dan membuat pelajar
lebih peka dan memberi sepenuh perhatian ketika pembelajaran. Selain itu dalam
pembelajaran melalui medium game base assessment bukan sahaja merupakan medium
pembelajaran yang sangat menarik dan lain daripada kebiasaan malah sangat
berinteraktif. Hal ini kerana, pelajar perlu bergerak dari satu check point
ke check point untuk mendapatkan petunjuk bagi penyelesaikan tugasan
yang diberikan semasa dalam kelas tersebut yang membuatkan pelajar dapat
bergerak secara aktif di dalam kelas itu dan bukan duduk diam sambil mendengar
semata seperti kebiasaan kuliah lain.Saya berasa sangat kagum dan gembira
kerana dapat merasai pembelajaran menggunakan medium ini. Hal ini kerana, saya
adalah seorang pelajar yang perlu bergerak aktif untuk kekal focus dalam
sesuatu kelas tersebut. Manakala dalam kelas tutorial kelas tutorial yang
berbentuk perbincangan secara aktif memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang
dan bertanya soalan dalam sesuatu tajuk pembelajaran secara langsung. Hal ini
sangat membantu saya untuk lebih memahami sesuatu topic pembelajaran dan
membantu saya menjawab segala kekeliruan yang dihadapi.
Peta Minda Topik-topik dalam Tatacara Sivil II
Nota yang diambil dalam kuliah yang menggunakan aplikasi Mentimeter bagi Topik : Kos.
Tugasan-tugasan
Kami diberi beberapa tugasan dalam subjek ini
iaitu Simulasi Temuduga, Penulisan ‘Legal Opinion, Penilaian
Tekanan (Pressure Assessment) dan Game-base Assessment, E-portfolio.
·
Simulasi Temuduga
Dalam Simulasi Temuduga ini,
kami didedahkan berkenaan tentang persiapan untuk menghapai temuduga setelah
tamat pengajian sebagai pelajar undang-undang di Fakulti Undang-Undang, UKM. Kami
diberi penekanan untuk sentiasa bersiap sedia dari segi bagaimana untuk
memperkenalkan diri, mengusai segala perkara asas dalam semua subjek dan
pembelajaran yang dipelajari sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda undang-undang,
sentiasa berkeyakinan dan berketrampilan. Hal ini kerana, kami adalah duta
bergerak bagi Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia yang perlu
sentiasa menjaga nama baik university dan menjadi modal insan yang berilmu,
produktif, berketerampilan dan berkeperibadian tinggi.
-
Legal Opinion
Bagi tugas ini saya perlu
memberikan pandangan perundangan berkenaan Kaedah Pelaksaan sesuatu Penghakiman
dan Prinsip dan Sebab-Sebab yang berkemungkinan bagi Mahkamah dalam membenarkan
permohonan Penggantungan Pelaksanaan Penghakiman. Dari tugasan ini, memberikan
saya peluang untuk lebih memahami tajuk Kaedah Pelaksanaan Penghakiman dan
Penggantunggan Pelaksaanan Penghakiman dengan lebih baik dan memberikan
penerangan secara praktikal.
- Pressure Test
Assessment.
Apabila mendengar sahaja
sudah cukup meberikan gambaran bagaimana keadaan dalam menyempurnakan tugasan
ini. Dalam tugasan ini kami diberi 6 tugasan yang perlu disiapkan dalam masa 4
jam. Tugasan-tugasannya adalah berkisarkan PTCM, penyediaan Letter of Demand,
pencarian fail Mahkamah, penyediaan soalan interogatori, pendrafan kertas kausa
dan banyak lagi. Melalui tugasan ini memberikan saya pengalaman sebenar sebagai
seorang peguam-litigasi. Selain itu, memberikan saya pengajaran bahawa kita
perlu sentiasa berilmu, tenang, bersedia,berdikari dan menjadi peguam yang
efektif dan efesien dalam melaksanakan tugas sebagai peguam Namun, apa yang
paling saya faham Melalui tugasan ini adalah agar kita jangan mudah berputus
asa dalam sebarang kesusahan, kerana walau apapun yang paling penting adalah
usaha dan keperibadian kita dalam menyelesaikan segala tugasan dan menghadapi
kesusahan.
- Talent-Base
Assessment
Dalam tugasan ini pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bakat masing-masing seperti bakat
penulisan, persembahan musik, persembahan teater, penyediaan game
eksplorasi, penyediaan permainan game
komputer dan banyak lagi. Saya
dimasukkan dalam kumpulan bakat penulisan. Kami diberikan tugasan untuk menulis
puisi dan cerpen yang berkisarkan topic pembelajaran dalam subjek Tatacara
Sivil dan hasilnya kami seramai 16 orang telah berjaya menyiapkan dan
memasarkan sebuah naskah antologi puisi dan cerpen Tatacara Sivil yang diberi
tajuk sebagai Takhta Teragung. Saya berasa sangat seronok dan bertuah dalam
melaksanakan tugasan ini kerana dapat memberikan peluang untuk saya menyambung semula hobi dan bakat lama saya
yang sudah sekian lama tertunda. Melalui tugasan ini juga, membuatkan saya
berasa terharu kerana Dr. SMI telah memberikan kami semua kesedaran dan
keyakinan bahawa setiap daripada kami adalah istimewa, unik dan berbakat dan
bukan semata-mata pelajar ulat buku sahaja.
Di antara barisan penulis Takta Teragung
·
E-portfolio
Refleksi tentang pandangan,
pengalaman dan hasil pembelajaran yang diperolehi pelajar daripada subjek ini.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan sekali
jutaan kepada semua pensyarah yang mengajar subjek ini yang sentiasa komited dan memberikan yang terbaik kepada kami. Terima kasih juga kepada rakan-rakan Batch 31
Fakulti Undang-Undang, UKM terutamanya sekali firmates saya iaitu SHAHNAZ&
ASSOCIATES, atas segala tunjuk ajar, perkongsian dan kerjasama yang diberikan
sepanjang pembelajaran subjek TATACARA SIVIL II ini.
Sekian, terima kasih.
Semoga berjaya semua. Jaga Diri. VOX DEI VOX POPULI.
Wassalam.
Noor Syafiqah Nafisah,
Fakulti Undang-Undang, UKM.
Fakulti Undang-Undang, UKM.








No comments:
Post a Comment