Friday, June 28, 2019

REFLEKSI BAGI PEMBELAJARAN SUBJEK TATACARA SIVIL II, FAKULTI UNDANG-UNDANG, UKM.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PARA PEMBACA! Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat wala’fiat dan diberkatiNya selalu.

Nama diberi dulu, kini dan selamanya ialah Noor Syafiqah Nafisah binti Agoestono yang kini merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Fakulti Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah bagi subjek Tatacara Sivil II Iaitu Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail, Dr. Harniwarda Yaakob, Dan Prof. Madya Dr. Safinaz Mohd Hussein yang sentiasa komited dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu dan pendedahan bagi subjek Tatacara Sivil II dengan menggunakan pelbagai pendekatan/medium demi memastikan para pelajar dapat memahami, menguasai, memahiri semua topik dan perkara yang perlu diketahui dalam subjek Tatacara Sivil II ini agar bersedia dalam menghadapi dunia luar yang penuh pancaroba dan pasaran kerjaya yang penuh dengan persaingan. Maka posting ini, ingin saya kongsikan refleksi diri saya sendiri berkenaan pengalaman dan hasil pembelajaran yang saya perolehi sepanjang semester II ini bagi subjek Tatacara Sivil II ini.

Topik Pembelajaran Tatacara Sivil II
Dalam Semester II Tahun 4 dalam subjek ini, secara ringkasnya kami didedahkan dengan Perkaitan Di antara Tatacara Sivil 1(subjek semester 1 Tahun 4) dan Tatacara Sivil 2, Taksiran Gantirugi, Kos dan Fi Mahkamah, Penghakiman dan Perintah, Penggantungan Prosiding / Penggantungan Penguatkuasaan / Pelaksanaan, Penguatkuasaan / Perlaksanaan Penghakiman dan Perintah, Prosedur Rayuan Sivil di Mahkamah Tinggi & Mahkamah Rayuan, Penzahiran Pemeriksaan, Interogatori & PengakuanInjuksi dan Relif Pencegahan ,Writ Prerogatif dan Semakan Kehakiman.

Kaedah Pembelajaran dan Tugasan
Kaedah pembelajaran dan tugasan bagi subjek Tatacara Sivil II dalam semester II ini adalah dalam bentuk kuliah, pembelajaran atas talian, Game-Base Assessment dan kelas tutorial yang berbentuk perbincangan secara aktif. Dalam kuliah pensyarah akan menggunakan medium atas talian dengan menggunakan aplikasi Mentimeter untuk memaparkan slaid pengajaran bagi topic yang diajar. Medium ini sangat berlainan daripada kuliah pembelajaran biasa kerana ia hanya membolehkan pelajar yang hadir sahaja ke kuliah itu yang mempunyai akses untuk membaca slaid itu dan membuat pelajar lebih peka dan memberi sepenuh perhatian ketika pembelajaran. Selain itu dalam pembelajaran melalui medium game base assessment bukan sahaja merupakan medium pembelajaran yang sangat menarik dan lain daripada kebiasaan malah sangat berinteraktif. Hal ini kerana, pelajar perlu bergerak dari satu check point ke check point untuk mendapatkan petunjuk bagi penyelesaikan tugasan yang diberikan semasa dalam kelas tersebut yang membuatkan pelajar dapat bergerak secara aktif di dalam kelas itu dan bukan duduk diam sambil mendengar semata seperti kebiasaan kuliah lain.Saya berasa sangat kagum dan gembira kerana dapat merasai pembelajaran menggunakan medium ini. Hal ini kerana, saya adalah seorang pelajar yang perlu bergerak aktif untuk kekal focus dalam sesuatu kelas tersebut. Manakala dalam kelas tutorial kelas tutorial yang berbentuk perbincangan secara aktif memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang dan bertanya soalan dalam sesuatu tajuk pembelajaran secara langsung. Hal ini sangat membantu saya untuk lebih memahami sesuatu topic pembelajaran dan membantu saya menjawab segala kekeliruan yang dihadapi.
Peta Minda Topik-topik dalam Tatacara Sivil II

Nota yang diambil dalam kuliah yang menggunakan aplikasi Mentimeter bagi Topik : Kos.

Tugasan-tugasan

Kami diberi beberapa tugasan dalam subjek ini iaitu   Simulasi Temuduga, Penulisan ‘Legal Opinion, Penilaian Tekanan (Pressure Assessment) dan Game-base Assessment, E-portfolio.
·         Simulasi Temuduga
Dalam Simulasi Temuduga ini, kami didedahkan berkenaan tentang persiapan untuk menghapai temuduga setelah tamat pengajian sebagai pelajar undang-undang di Fakulti Undang-Undang, UKM. Kami diberi penekanan untuk sentiasa bersiap sedia dari segi bagaimana untuk memperkenalkan diri, mengusai segala perkara asas dalam semua subjek dan pembelajaran yang dipelajari sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda undang-undang, sentiasa berkeyakinan dan berketrampilan. Hal ini kerana, kami adalah duta bergerak bagi Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia yang perlu sentiasa menjaga nama baik university dan menjadi modal insan yang berilmu, produktif, berketerampilan dan berkeperibadian tinggi.

  •       Legal Opinion

Bagi tugas ini saya perlu memberikan pandangan perundangan berkenaan Kaedah Pelaksaan sesuatu Penghakiman dan Prinsip dan Sebab-Sebab yang berkemungkinan bagi Mahkamah dalam membenarkan permohonan Penggantungan Pelaksanaan Penghakiman. Dari tugasan ini, memberikan saya peluang untuk lebih memahami tajuk Kaedah Pelaksanaan Penghakiman dan Penggantunggan Pelaksaanan Penghakiman dengan lebih baik dan memberikan penerangan secara praktikal.

  •          Pressure Test Assessment.

Apabila mendengar sahaja sudah cukup meberikan gambaran bagaimana keadaan dalam menyempurnakan tugasan ini. Dalam tugasan ini kami diberi 6 tugasan yang perlu disiapkan dalam masa 4 jam. Tugasan-tugasannya adalah berkisarkan PTCM, penyediaan Letter of Demand, pencarian fail Mahkamah, penyediaan soalan interogatori, pendrafan kertas kausa dan banyak lagi. Melalui tugasan ini memberikan saya pengalaman sebenar sebagai seorang peguam-litigasi. Selain itu, memberikan saya pengajaran bahawa kita perlu sentiasa berilmu, tenang, bersedia,berdikari dan menjadi peguam yang efektif dan efesien dalam melaksanakan tugas sebagai peguam Namun, apa yang paling saya faham Melalui tugasan ini adalah agar kita jangan mudah berputus asa dalam sebarang kesusahan, kerana walau apapun yang paling penting adalah usaha dan keperibadian kita dalam menyelesaikan segala tugasan dan menghadapi kesusahan.

Salah satu tugas yang perlu diselesaikan: Letter of Demand

  •      Talent-Base Assessment

Dalam tugasan ini pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bakat masing-masing seperti bakat penulisan, persembahan musik, persembahan teater, penyediaan game eksplorasi, penyediaan permainan  game komputer  dan banyak lagi. Saya dimasukkan dalam kumpulan bakat penulisan. Kami diberikan tugasan untuk menulis puisi dan cerpen yang berkisarkan topic pembelajaran dalam subjek Tatacara Sivil dan hasilnya kami seramai 16 orang telah berjaya menyiapkan dan memasarkan sebuah naskah antologi puisi dan cerpen Tatacara Sivil yang diberi tajuk sebagai Takhta Teragung. Saya berasa sangat seronok dan bertuah dalam melaksanakan tugasan ini kerana dapat memberikan peluang untuk saya  menyambung semula hobi dan bakat lama saya yang sudah sekian lama tertunda. Melalui tugasan ini juga, membuatkan saya berasa terharu kerana Dr. SMI telah memberikan kami semua kesedaran dan keyakinan bahawa setiap daripada kami adalah istimewa, unik dan berbakat dan bukan semata-mata pelajar ulat buku sahaja.

Di antara barisan penulis Takta Teragung

·         E-portfolio
Refleksi tentang pandangan, pengalaman dan hasil pembelajaran yang diperolehi pelajar daripada subjek ini.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan sekali jutaan kepada semua pensyarah yang mengajar subjek ini yang sentiasa komited dan memberikan yang terbaik kepada kami. Terima kasih juga kepada rakan-rakan Batch 31 Fakulti Undang-Undang, UKM terutamanya sekali firmates saya iaitu SHAHNAZ& ASSOCIATES, atas segala tunjuk ajar, perkongsian dan kerjasama yang diberikan sepanjang pembelajaran subjek TATACARA SIVIL II ini. 

Sekian, terima kasih.

Semoga berjaya semua. Jaga Diri. VOX DEI VOX POPULI.

Wassalam.

Noor Syafiqah Nafisah,
Fakulti Undang-Undang, UKM.
REFLEKSI BAGI PEMBELAJARAN SUBJEK TATACARA SIVIL II, FAKULTI UNDANG-UNDANG, UKM.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PARA PEMBACA! Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat wala’fiat dan diberkatiNya selalu.

Nama diberi dulu, kini dan selamanya ialah Noor Syafiqah Nafisah binti Agoestono yang kini merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Fakulti Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah bagi subjek Tatacara Sivil II Iaitu Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail, Dr. Harniwarda Yaakob, Dan Prof. Madya Dr. Safinaz Mohd Hussein yang sentiasa komited dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu dan pendedahan bagi subjek Tatacara Sivil II dengan menggunakan pelbagai pendekatan/medium demi memastikan para pelajar dapat memahami, menguasai, memahiri semua topik dan perkara yang perlu diketahui dalam subjek Tatacara Sivil II ini agar bersedia dalam menghadapi dunia luar yang penuh pancaroba dan pasaran kerjaya yang penuh dengan persaingan. Maka posting ini, ingin saya kongsikan refleksi diri saya sendiri berkenaan pengalaman dan hasil pembelajaran yang saya perolehi sepanjang semester II ini bagi subjek Tatacara Sivil II ini.

Topik Pembelajaran Tatacara Sivil II
Dalam Semester II Tahun 4 dalam subjek ini, secara ringkasnya kami didedahkan dengan Perkaitan Di antara Tatacara Sivil 1(subjek semester 1 Tahun 4) dan Tatacara Sivil 2, Taksiran Gantirugi, Kos dan Fi Mahkamah, Penghakiman dan Perintah, Penggantungan Prosiding / Penggantungan Penguatkuasaan / Pelaksanaan, Penguatkuasaan / Perlaksanaan Penghakiman dan Perintah, Prosedur Rayuan Sivil di Mahkamah Tinggi & Mahkamah Rayuan, Penzahiran & Pemeriksaan, Interogatori & Pengakuan, Injuksi dan Relif Pencegahan ,Writ Prerogatif dan Semakan Kehakiman.